Monday, February 20, 2012

KONSPIRASI DR. MAHATHIR & YAHUDI


Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi
  1. 1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.
  2. 10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.
  3. 1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.
  4. 1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.
  5. 6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.
  6. Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.
  7. 6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.
  8. 16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.
  9. 17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".
  10. 13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."
  11. Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.
  12. Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.
  13. 21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.
  14. Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.
  15. 1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.
  16. September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.
OLEH : Penulis Siber
( Penulisan asal oleh Wak Reformasi - terdapat sedikit pengubahsuaian)

Kontrak Israel dengan PDRM: KDN dituntut penjelasan- Shamsul

(Oleh: Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda (KEADILAN), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi penjelasan mengenai hubungan polis dengan Israel.
Shamsul berkata, isu itu berhubung pendedahan beberapa blog pro Umno mengenai penglibatan Israel dalam kontrak PDRM, sekaligus
mengukuhkan dakwaan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Siri pendedahan pertama hubungan dengan Israel itu mula didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat April tahun lepas, sehingga beliau digantung dari menghadiri persidangan di Parlimen.
“Saya desak KDN tampil jelaskan perkara ini kerana semakin hari ada sahaja pendedahan terbaru hubungan dengan Israel.
“Hishamuddin tidak boleh berdiam diri, beliau mesti jelaskan perkara sebenar kerana melibatkan perkara serius, jangan pula kita digelar sebagai agen Yahudi,” kata Shamsul.
Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan semula serangan polis semasa perhimpunan aman, Bersih pada 9 Julai lalu yang didakwa menggunakan kanister yang sama diguna Israel terhadap rakyat Palestin.
“Isu kanister ini boleh dijadikan bahan bukti kerana ianya digunakan pihak Israel terhadap Palestin,” katanya.
Minggu lalu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM.
Dalam laporan polisnya, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman.
Namun, tindakan Perkasa itu dilihat terlalu lambat memandangkan isu itu mula ditimbulkan Pakatan Rakyat sejak lebih setahun lalu.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada April tahun lalu mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan polis yang telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.
Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

DATO SERI ANWAR IBRAHIM CABAR DATO SERI NAJIB RAZAK DEBAT ISU ISRAEL DAN PALESTIN

KUALA LUMPUR 21 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai isu Palestin- Israel.
Anwar dalam ceramahnya di Taman Sri Gombak malam tadi berkata, debat ini perlu bagi menjelaskan perkara sebenar ekoran pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepadanya sejak mutakhir ini.
“Saya tak pernah ada hubungan dengan Israel. Siapa sebenarnya yang berurusan dengan kerajaan Israel? Parti mana? Habis kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Klang tu milik siapa?,”  Soal Anwar di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.
Katanya, pimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) termasuk Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berulangkali menafikan pembabitan mereka dengan Israel, namun enggan berdebat.
“Orang ini melalak, menjerit tapi nak berdepan tak berani malah Muhyiddin, Hishammuddin (Hussein) pun. Kita telah dedahkan dokumen, penglibatan kapal dan segala kelengkapan Israel yang berdagang di Malaysia.
“Mereka kata Anwar ini bermuka-muka, menyokong Israel. Cukuplah dengan penipuan ini. Sekarang giliran rakyat untuk bangkit dan menolak kezaliman. Dan jika betul kita debat soal Palestin,” tegas beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Beliau turut mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungannya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan mensensasikan kenyataan bahawa beliau menyokong usaha bagi memastikan keselamatan Israel.
“Mereka hentam Anwar habis-habisan dan sekarang mereka nak laga-lagakan saya dengan Tok Guru Nik Aziz.
“Mereka nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu,” ujarnya seperti dilapor FreeMalaysia Today.
Baru-baru ini Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan menggesa Anwar menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) atau mengambil tindakan undang-undang jika kenyataan itu salah.
Namun Anwar menegaskan isu Palestin-Israel adalah selari dengan pendirian Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan, aspirasi rakyat Palestin dihormati dan negara Palestin ditubuhkan.
“Pendirian saya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah. Kalau nak iktiraf Israel, saya katakan prasyaratnya berat. Adakah Israel nak undur, nak serah Baitulmuqaddis? Kalau tidak, tak boleh ada hubungan (dengan Israel),” tegas beliau.

Anwar kongsi pendirian Hamas, Fatah dengan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan tentang Isu Palestin-Israel.
Anwar berkata, dalam pertemuan tersebut, beliau menjelaskan kenyataannya sebelum ini adalah selari dengan pendirian Hamas dan Fatah.
“Akhirnya saya bagi tahu (Nik Aziz), saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu,” katanya selepas pertemuan kira-kira 45 minit itu.
Menurut Anwar, dengan penjelasan itu, beliau menganggap salah faham yang timbul mengenai isu itu sebelum ini selesai.
“Tok Guru Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya, dan saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel. Bagi saya, kita dah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus dengan program bersama seperti biasa.
“Saya rasa baik kerana telah beri penjelasan terhadap sedikit sebanyak keraguan dalam hal ini,” katanya yang juga ketua pembangkang kepada pemberita selepas pertemuan di sebuah hotel di ibu negara pagi ini.
Anwar dalam pertemuan itu berkata, beliau  turut menjelaskan kepada Nik Aziz bahawa salah faham isu itu timbul ekoran media Umno yang hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan lalu.
Ia sekaligus memberi salah tafsiran terhadap pengiktirafan Israel sedangkan beliau tidak bermaksud sedemikian.
“Masalahnya saya sebut, media Umno hanya guna bahagian pertama sahaja, bahawa ada kesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan ‘tertakluk kepada syarat-syarat, contingent’,” katanya dipetik harakah daily.
Antara syarat tersebut katanya, termasuk pengunduran tentera Israel dari Palestin dan negara arab lain, menghentikan kepungan terhadap Gaza dan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin.
Dalam pada itu, Anwar juga mendakwa pendiriannya dengan PAS bukan perbezaan ketara namun yang berbeza sebenarnya adalah dengan Umno.
Menurutnya, Umno bersikap hipokrit apabila mendabik dada kononnya mereka tidak mengiktiraf Israel sedangkan pada masa sama mengadakan hubungan perdagangan dengan negara itu.
Malah perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan sendiri masing masing mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari negara itu, kata Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26899