Sunday, November 20, 2011

'Andai Rasulullah Bersama Kita'

                                         'Andai Rasulullah Bersama Kita'


Andai kebahagiaan yang diharapkan, maka amat perlu untuk lelaki menjadi seorang yang bijak dan sabar dalam mengemudikan bahtera rumahtangga. Setiap suami perlu berkorban untuk melakukan yang terbaik demi memastikan rumahtangga yang dibina menjadi syurga hidup yang paling nikmat. Antara lain, suami perlulah berkorban untuk mengenali dan memahami wanita. Suami juga mesti belajar sedikit sebanyak ilmu untuk ‘menundukkan’ wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Sama ada suka atau tidak, ilmu sedemikian penting untuk membolehkan suami mengenali dan menangani wanita bergelar isteri. Dengan segala ilmu ini terisi di dada, maka suami dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri amat mencabar kesabarannya.
Secara umum, boleh dikatakan bahawa lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling.
Oleh itu, dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikiran. Atau dengan kata lain, suami perlu kreatif untuk merencanakan sesuatu yang boleh mewujudkan keceriaan dan kebahagiaan. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu bijak merancang untuk mengembalikan perasan gembira di hati isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Buku ini amat bermanfaat bagi lelaki mengerti akan cara Rasulullah yang mengajar menawan hati sang isteri.

Tuduhan rambang dan tidak beretika serta berniat jahat

“Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya,” katanya lagi.

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Laporan Mingguan Malaysia semalam bahawa kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli adalah satu tuduhan rambang yang berniat jahat. Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan, hari ini.
“Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’,” ujarnya di dalam kenyataan yang terkandung di Facebook beliau.
beliau pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respons terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan.
“Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’ satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata,” kata beliau.
Namun, menurutnya dibimbangi isu yang dimainkan itu menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar.
Bagaimanapun, ujarnya sebagai respons awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, beliau ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.
“Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.
Berdasarkan lampiran yang diberikan, jelasnya kandungan E.coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%.
Ia, jelasnya lagi lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%),  Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%).
Beliau sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011.
“Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?” soalnya yang juga Mursyidul Am PAS.
Hakikatnya, tegas beliau apa yang disebut oleh Utusan Malaysia itu hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.
“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.
“Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak,” ujarnya.
Justeru, kata bbeliau janganlah sampai fitnah yang ditabur itu menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah.
Ini kerana, katanya doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

 

MB mengadap Sultan, angkat sumpah Khusrin dibatal

“Majlis mengangkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar Selangor tidak akan berlangsung Khamis (5 Jan) ini,” kata Khalid dalam sebuah kenyataan akhbar.

“Khusrin tidak akan hadir sebarang perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” tambah beliau.

SHAH ALAM: Sultan Selangor berpendapat baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993. Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap Sultan Selangor mengenai isu pelantikan Dato’ Khusrin Munawi sebagai SUK. Perkembangan terbaru itu menyebabkan kesahihan perlatikan Khusrin masih terumbang-ambing.
“Majlis mengangkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar Selangor tidak akan berlangsung Khamis (5 Jan) ini,” kata Khalid dalam sebuah kenyataan akhbar.
Khalid seterusnya menegaskan sehingga isu pelantikan ini selesai, Khusrin tidak akan dibenar menyertai mesyuarat-mesyuarat penting Kerajaan Negeri.
“Khusrin tidak akan hadir sebarang perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” tambah beliau.
Dalam pertemuan itu juga, DYMM mencadangkan kepada Khalid supaya beliau berbincang semula dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mencari penyelesaian terbaik. Lanjutan itu, sepucuk surat akan dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan bagi tujuan perbincangan.
Dalam perkembangan sama, Khalid berkata pihaknya akan memanggil sidang tergempar Dun bagi meminda undang-undang berkaitan perlantikan pegawai kanan negeri.
“Ia berujuan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar,” katanya.
Pelantikan Khusrin sebelum ini dibantah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor kerana namanya tidak termasuk dalam senarai pendek yang diberikan kepada istana Selangor.
Khusrin juga dilantik Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sultan nyatakan tak punya kuasa lantik SUK, pelantikan Khusrin belum sah– MB Selangor

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.






SHAH ALAM: Majlis angkat sumpah Datuk Khusrin Munawi tidak akan berlangsung. DYMM Sultan Selangor berkata hak pelantikan itu bukan lagi pada Sultan kerana kuasa itu telah ditarik balik oleh Umno ketika pindaan Perlembagaan pada tahun 1993 ditarik balik, kata Tan Sri Khalid Ibrahim yang menemui Sultan Selangor sebentar tadi. (Berita penuh menyusul) Kenyataan penuh Tan Sri Ibrahim Selangor
Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.
DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.
Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.
Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Hadir angkat sumpah tapi tidak iktiraf Khusrin – Khalid

“(Namun) kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana,” kata Khalid dalam kenyataan beliau.





SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau bersama seluruh exco kerajaan negeri akan hadir pada majlis pengurniaan darjah kebesaran kepada Raja Muda Selangor namun ia bukan bererti mereka mengiktiraf Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Khusrin Munawi.
“Kehadiran seluruh exco kerajaan kegeri hari ini dalam majlis penuh istiadat pengurniaan darjah kebesaran kepada Raja Muda Selangor adalah sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.
“(Namun) kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana,” kata Khalid dalam kenyataan beliau.
Tambah Khalid, kehadiran mereka juga tidak harus sama sekali dilihat sebagai merelakan tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melangkaui autoriti kerajaan negeri dalam hal ehwal pentadbiran negeri.
Khalid juga turut menyatakan pihaknya sudah memaklumkan Sultan Selangor hasrat mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi mengembalikan kuasa melantik pegawai-pegawai utama negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.
“Kita juga telah memberi maklum kepada Sultan bahawa satu sidang Dewan Negeri Selangor akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi  mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri,” kata Khalid.
Tindakan tersebut, menurut Khalid, sekaligus menidakkan dakwaan mereka yang menuduh kerajaan negeri derhaka kepada Sultan. Sebaliknya, kerajaan Selangorlah yang akan membaiki kerosakan akibat krisis Perlembagaan 1993.
“Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan mereka yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan,” kata Khalid.

Khir Toyo pencetus masalah pelantikan SUK




Tindakan mengenepikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), berpunca daripada tindakan Menteri Besar terdahulu , Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang membelakangkan perlembagaan negeri.
Menurut Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, tindakan “melanggar perlembagaan” itu berlaku kerana sikap tidak ambil peduli Khir , sehingga membolehkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) menyalahguna Perlembagaan dan Nota Amalan Perkhidmatan Awam dalam pelantikan SUK.
“Beliau telah mengizinkan KSN melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai SUK tanpa berunding dengan menteri besar seperti yang disyaratkan perlembagaan.
“Beliau (juga) telah membina acuan yang bahaya dan sekarang senario ini berulang semula apabila sekali lagi melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK negeri Selangor yang baru tanpa berunding terlebih dulu dengan menteri besar,” kata Faekah Husin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah turut menyelar KSN yang didakwa mengabaikan kebijaksanaan dengan melantik Khusrin tanpa mengambil kira kelayakan dan kredibiliti, serta berunding dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
“UMNO telah mengeluarkan kuasa Sultan ketika meminda Perlembagaan Negara pada 1993 tetapi sekarang mereka cuba bersembunyi di sebalik Istana untuk meneruskan agenda politik jahat,” katanya.

Faekah mengulangi pendirian bahawa jawatankuasa pemilihan telah dibentuk oleh Menteri Besar sebelum ini
bagi memastikan jawatan SUK diisi oleh pegawai kerajaan yang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan.

Jelas Faekah, ia juga bagi membolehkan pegawai kerajaan bertindak secara profesional tanpa rasa takut atau menyokong mana-mana parti kerana kenaikan pangkat dibuat berdasarkan prestasi mereka.
“Hanya kerana kerajaan negeri sebelum ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban, tidak bererti kerajaan sekarang perlu mengikut acuan lapuk dan tidak profesional yang mereka tinggalkan,” katanya.

RAMAI BETUL CYBER TROOPER UMNU/BN

                "BERAPA PULAK KADAR BAYARAN/IMBUHAN MEREKA"



KUALA LUMPUR 21 Nov: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mempersoal sumber kewangan yang diguna Umno-Barisan Nasional untuk membayar pejuang upahan siber (cyber Trooper) bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya umum akan datang.
Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, terdapat kebimbangan sumber kewangan itu diperoleh hasil wang pembayar cukai.
“Kita menuntut Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan mengenainya. Datuk Najib jangan bersembunyi di sebalik Cyber Trooper. Beliau perlu menjawab skandal NFC (National Feedlot Corporation) dan bukan mengupah Cyber Trooper untuk mengalihkan isu,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Najib semalam  yang menyuarakan sokongan terbuka terhadap Cyber Trooper Umno BN untuk berdepan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Najib dalam kenyataannya berkata, beliau mengiktiraf pejuang siber sebagai ‘pengamal media sosial’ dan menganggap mereka sebagai askar baru kepada gabungan parti itu.
Presiden Umno itu turut mengingatkan bahawa Umno-BN bakal tumbang dalam pilihan raya jika gagal memanipulasi media baru.
Justeru itu AMK menyeru rakyat agar menolak fitnah yang dilemparkan Cyber Trooper yang ditaja Umno-BN dengan mendapatkan maklumat dari media alternatif dan Pakatan Rakyat.
“Maklumat ini boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang Keadilandaily, Harakahdaily dan Roket selain menghadiri penerangan dan ceramah Pakatan Rakyat,” kata Azmizam.
Walaupun tiada angka rasmi menyatakan jumlah sebenar yang dibayar kepada Cyber Trooper itu, namun difahamkan ia mencecah ribuan ringgit bagi seorang blogger upahan.
Antara taktik Cyber Trooper Umno ialah memanipulasi gambar dan Video lucah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, dan pada masa sama ‘kebal’ dari tindakan undang-undang.

NFC biayai RM32,000 pakej umrah suami, anak Shahrizat

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 21 Nov : KEADILAN membongkar pendedahan lebih mengejutkan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) apabila syarikat itu membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Pembiayaan umrah melibatkan suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di parlimen hari ini.
“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar Negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” kata Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Ahli Parlimen Machang itu.
Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang turut membongkar pelbagai penyelewengan NFC sebelum ini.
Menurut Saifuddin, KEADILAN mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam itu datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.
Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan NFC yang mendapat dana sebanyak RM250 juta gagal memenuhi matlamat dan mencapai sasaran untuk membekalkan keperluan daging lembu tempatan.
NFC gagal membiak 8,000 lembu, jauh menepati sasaran iaitu 60,000 lembu setahun.
Pimpinan KEADILAN turut mendedahkan RM116 juta dari peruntukan itu dilabur dalam simpanan tetap yang memberi pulangan atas angin kepada syarikat berkenaan sebanyak RM666,952.96.
KEADILAN juga mendedahkan ahli keluarga Shahrizat memboroskan RM827,579 dari peruntukan projek lembu itu untuk melancong ke luar negara pada 2009.
Lebih mengejutkan, NFC turut membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar sebagai bayaran kepada National Mear and Livestocks Crporation yang juga dimiliki keluarga Shahrizat.
Bagaimanapun, Mohamad Salleh dalam satu kenyataan minggu lalu berkata harga sebenar kondo berkenaan ialah RM13.8 juta dan digunakan bagi tujuan pelaburan.

Berita selanjutnya


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23202

Monday, November 14, 2011

Pengeluaran Gas Asli di Perairan Kelantan cuba dimanipulasi


"Menurut laporan terbaru PETRONAS bertarikh 24 september 2011 , Gas Asli yang berada di perairan Kelantan yg terletak  di Telaga Bumi & Telaga Suria - (Blok PM301 - Maley Bisin) sudah mula dikeluarkan,  mereka ingin mendaratkan hasil bumi ini di Kerteh, Terengganu dengan membina paip sejauh 200km. Pengeluaran gas sudah bermula sejak April 2011 dan diumumkan oleh PETRONAS pada tahun ini juga.

Kenapa perkara ini berlaku? Sedangkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan SUDAH menyediakan 2000 ekar tanah di Daerah Bachok, Kelantan untuk tujuan pendaratan minyak dan gas di Negeri Kelantan.
Cuba bayangkan jika hasil gas dan minyak ini didaratkan di perairan Kelantan, kemakmuran & hasil ekonomi Negeri serta rakyat akan berubah. Ini adalah diskriminasi & kezaliman Kerajaan BN yang dilakukan sejak sekian lama, adalah menjadi kewajipan kita untuk menentang segala kezaliman ini, demi masa depan anak & keturunan kita!
http://royaltikelantan.com/

DAJJAL:Rockfeller dan Rothchild yg dipercayai salah satu dari keturunan 'DAJJAL'

"1.Mampukah Dajjal mengetahui/menguasai sihir FIRAUN ?
Sudah pasti ya. Sihir yg dikuasai oleh Haman. Kini sedikit drpd ilmu sihir ini diberikan kpd pengikut beliau.Contohnya Chris Angel. Perasankah kita sejak 1990an warna hitam atau kegelapan menjadi trend ikutan masakini. Contohnya berpakaian hitam utk upacara pengkebumian. Save our earth campaign juga menjadikan bumi kegelapan satu jam.

Kegelapan dan kehitaman adalah favourite jin dan syaitan. Kedua ini digunakan ketika mereka mahu lakukan ritual sihir
2. Mampukah Dajjal mengetahui/menguasai/mempelajari ilmu sains Nabi Musa yg diajari kpd Qarun?
Ya. Sebab itulah sesudah kejatuhan khalifah, kita melihat walaupun tamaddun barat itu bermula dgn dicedok dari tamaddun Islam, tetapi bagaimana mereka dapat “projeckant” teknologi masa depan seolah mereka sudah terkehadapan 100 tahun. Sudah pasti mentor mereka seorang yg benar2 menguasai teknologiterkini dan masadepan.
3.       Apakah Dajjal mengetahui/menguasai/mempelajari  ilmu Nabi Daud dan Sulaiman?
Tidak. Krn ilmu Nabi Sulaiman itu bersifat mukjizat. Namun mukjizat Nabi Sulaiman tetap menjadi iltizam Dajjal untuk dikuasainya dan dicemburuinya untuk beliau menguasai dunia. Melainkan Dajjal perlu mengaku katauhidan Allah swt sepertimana ahli kitab dizaman Nabi Sulaiman baru memungkinkan beliau dapat menguasai ilmu Nabi Sulaiman. Baca (CERN project di Swiss dan French)
4.       Adakah Dajjal yg menjadi dalang disebalik pembunuhan para-para Nabi yg hidup sezamannya?
5. Adakah Dajjal juga yg menjadi dalang kpd kecelaruan ajaran Turat / Zabur dan Injil ?
6. Adakahkerosakkan kpd  agama-agama yg dibawa OLEH NABI-NABI sebelum kedatangan Nabi Muhammad itu adalah hasil TANGAN Dajjal juga ?
Sifat dengkinya kpd para nabi membuatkan beliau menjadi seorang yg kuat berdendam lalu berbohong DAN menabur fitnah untuk memecah belahkan manusia agar tidak mengikut suruhan para Nabi. Kemuncak kemenangan beliau ialah munculnyapelbagai  agama baru dan pembunuhan para Nabi.
7.Mampukah Dajjal menggambarkan wajah Rasullullah saw dan adakah beliau mengenali  wajah Saidina Abu Bakar, Umar dan Ali.
Tidak mampu sebab beliau terikat  di sebuah pulau sejak Rasulullah lahir sehingga wafat. Beliau tidak pernah melihat wajah RAasullullah. Sebab itulah Dajjal terpaksa menggunakan pelbagai kaedah teknologi  untuk mengesan keturunan ahli keluarga Rasulullah dgn bantuan IBLIS yg pernah bertemu Rasulullah. Tetapi Allah mentakdirkan IBLIS tidak boleh menyerupai Rasulullah.  Ketika peperangan dgn khalifah (baca perang musuh bisik, THAI dgn Khalifah Nusantara)mereka akan membunuh sesiapa sahaja yg disyaki dari kalangan Bani Hashim kerana beliau tahu Mahdi lahir dari kalangan Bani Hashim yg akan memusnahkan beliau di akhir zaman dgn bantuan Nabi ISA
8. Adakah Dajjal mampu mengenali keturunanNya, keturunan Firaun, Rasulullah dan para sahabat.
9. Bolehkan Dajjal mengumpul harta kekayaan yg banyak sesuai dgn umurnya yg panjang.
Ya. Dgn usia yg panjang beliau mengenali dan mengikuti keturunan beliau dgn baik dan mereka mengumpul kekayaan dari satu keturunan ke satu keturunan selama ribuan tahun. Rockfeller dan Rothchild yg dipercayai salah satu dari keturunan beliau menguasai 80% kekayaan dunia.PeMIMPIN Negara yg akan ditungganginya akan dipilih drpd keturunan yg jahat dimasa lalu contohnya keturunan Firaun. Keturunan keluarga BUSH dipercayai adalah berketurunan FIRAUN.  Penguasa yg berketurunan jahat dan Kekayaan itu digunakan untuk menghancurkan Islam dan merosakkan agama-agama yg lain. Sudah tentu perancangan golongan Dajjal memakan masa ratusan tahun untuk dilaksanakan krn mereka mempunyai ketua yg berumur panjang untuk mengawasi kejayaannya.
10. Adakah Dajjal mahir dgn hadis-hadis Rasullulah saw terutama hadis yg menceritakan perihal takdir akhir zaman dan juga yg yg bersangkutan dgn beliau.
Ya. Tetapi beliau mahu melawan takdir Allah. Lalu beliau berkongsi ilmu hadis dgn ketua-ketua dari bangsa beliau yakni Yahudi. Sebab itulah Yahudi  terkehadapan berbanding bangsa lain krn mereka hidup berpaksikan panduan hadis. Mereka tahu dimana akan muncul panji panji hitam dan disitulah diarahkan ramai tentera memerangi panji-panji hitam.
11. Adakah Nostradamus mendapat  ilmu terus dari  Dajjal kerana ramalannya hampir kesemuanya tepat.
Mungkin ya dan mungkin tidak
FAKTA
Beramallah selalu dgn surah Alkahfi sepuluh ayat pertama dan akhir…..InsyAAllah mata hati anda akan memberi isyarat tentang Dajjal.
Hanya Rasullullah dan Nabi Isa yg mampu melawan Dajjal.
Semua ULAMA mohon di selamatkan ALLAH dari fitnah Dajjal apatah lagi kita yg jahil malah yg tidak mengenali sifat Dajjal.
Syurga Dajjal Neraka Orang Beriman
WALLAHU’ALAM

Majlis Syura ‘pemandu’ parti, kata Abdul Hadi


Presiden PAS berkata, Majlis Syura itu penting dan mereka wajib mendalami ilmu Islam dan bukan setakat mengaji semata-mata.
Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57
GOMBAK:  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Majlis Syura sebagai ‘pemandu’ kepada parti sekaligus menolak dakwaan sesetengah pemimpin PAS yang memperkecilkan Dewan Ulama.
Jawapan Hadi itu selaras dengan ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din yang menolak dakwaan bahawa Dewan Ulama’ tidak turun padang.
“Majlis Syura itu penting dan mereka wajib mendalami ilmu Islam dan bukan setakat mengaji semata-mata. Kita angkat Majlis Syura ini untuk membuat sebarang keputusan penting,” katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.
Hadi turut mengingatkan perwakilan dan pemimpin agar tidak terikut dengan rentak parti lain menggunakan isu video untuk memfitnah individu lain.
Menurut Hadi, sebarang fitnah tidak boleh dilemparkan kepada individu lain termasuk kepada para menteri Umno.
“Isu fitnah ini ditangani dengan ilmu dan jangan terikut dengan parti lain. Kita ada adab parti dan akhlak sendiri…..fitnah membabitkan khalwat dan zina berpegang kepada empat saksi.
“Bila mereka tuduh seseorang berzina…… video tidak boleh menjadi saksi. Yang boleh selesaikan adalah melalui syariat Islam.
“Kita istiqamah dengan kes ini….malah saya ingatkan kita (PAS) tidak boleh fitnah menteri-menteri Umno. Tiada empat saksi maka individu yang menuduh boleh dikenakan hukuman qazaf,” katanya yang merujuk kepada isu video seks membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Islam bebaskan manusia dari perhambaan

Lahirnya kerajaan penjajahan ialah untuk memperhambakan manusia dan lahirnya kerajaan Islam pula ialah untuk membebaskan manusia dari perhambaan.


PETALING JAYA: Kewujudan parti PAS sejak lebih 60 tahun lalu bertujuan untuk mengambil alih pemerintahan di negara ini bagi membebaskan manusia dari ‘perhambaan sesama manusia’. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, lahirnya kerajaan penjajahan ialah untuk memperhambakan manusia dan lahirnya kerajaan Islam pula ialah untuk membebaskan manusia dari perhambaan.
“Sesungguhnya Allah SWT memerintah kamu untuk menunaikan amanah (menerusi pemerintahan Islam yang adil dan saksama untuk semua bangsa dan agama),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Perdana bersama Presiden yang bertema ‘Hargai Perjuangan’ di Kompleks Belia dan Sukan, Seksyen 7, Shah Alam malam tadi.
Majlis itu dianjurkan oleh Lajnah Bangunan dan Harta, Badan Perhubungan PAS Selangor bertujuan untuk mengutip dana bagi membiayai bangunan pejabat baru yang menelan belanja RM1.4 juta di Pusat Perniagaan Worldwide, Shah Alam.
Hadi menegaskan, “menerusi pendekatan Tahalus Siyasi, kita boleh bekerjasama dan menjalin persefahaman dengan parti DAP dan PKR.”
Menurut beliau, dalam kitab Al Ahkam Al Sultaniah karangan al Mawardi disebut bahawa dalam pemerintahan Islam, orang-orang bukan Islam boleh dilantik menjadi menteri.
Ahli Parlimen Marang itu melahirkan keyakinan sekiranya demokrasi tulen diamalkan di negara ini, PAS boleh menang dan membentuk kerajaan persekutuan bersama DAP dan PKR.
“Seperti kemenangan yang dicapai oleh Parti An-Nahdah di Tunisia dan kebangkitan semula Ikhwan Muslimin di Mesir pada musim bunga Arab (Arab Spring),” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dalam ucapannya merakamkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya maka PAS Selangor dapat memiliki bangunan baru tiga tingkat dengan keluasan lebih 5,000 kaki persegi.
“Ini adalah hasil usaha daripada setiap ahli dan penyokong PAS.  Satu mimpi yang dulunya mustahil kini sudah menjadi realiti,” ujar beliau yang juga Pengerusi Lajnah Bangunan dan Harta, Badan Perhubungan PAS negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka.
Lebih 1,000 ahli dan penyokong PAS hadir dalam majlis itu. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.

UMNO BERILAH PELUANG NEGERI KELANTAN MENJADI MODEL UNTUK PERLAKSANAAN 'HUDUD'

"Jangan kita biarkan orang berfikir bahawa hudud itu semata-mata potong tangan sahaja," kata Aziz Bari.PETALING JAYA: Kerajaan negeri Kelantan harus membuat persiapan dengan teliti agar pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu boleh dijadikan model kepada negeri-negeri lain di negara ini. Ketika membuat saranan ini, pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Kelantan harus membuktikan kepada negeri- negeri lain bahawa undang-undang hudud itu adalah praktikal, adil dan sesuai pada setiap masa dan suasana.
“Biar Kelantan laksanakan hudud dan lihat negeri itu sebagai contoh. Jangan kita biarkan orang berfikir bahawa hudud itu semata-mata potong tangan sahaja,” kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu kepada FMT.
Beliau berkata, mereka yang menentang hukum hudud sebenarnya tidak faham. Orang kata kita tidak bersedia (untuk melaksanakan hukum hudud).  Tak apa kita buat di Kelantan.  Kita akan buktikan kadar jenayah di negeri itu boleh turun, dengan izin Allah.
“Orang kata hukum hudud tidak sesuai.  Nak tunggu sampai bila? Sampai kiamat pun tidak boleh laksana. Apa yang didedahkan oleh media Barat tentang hukum hudud, mungkin ada satu dua kes tertentu (isolated cases) yang berlaku.
Menurut beliau, sejarah Islam membuktikan bahawa pelaksanaan hudud itu amat ketat sekali, begitu berhati-hati dan teliti serta sukar sekali hendak dilaksanakan.
“Sebagai contoh, menuduh seseorang berzina harus dibuktikan dengan empat orang saksi yang adil. Adil bermakna seseorang itu tidak pernah melakukan perbuatan keji dan mungkar jauh sekali dari melakukan dosa-dosa besar,” katanya.
Aziz Bari berkata, Nigeria sebuah negara di Afrika Barat harus dijadikan contoh oleh Kelantan untuk melaksanakan hudud kerana negara itu juga mempunyai sistem federalisme yang hampir sama dengan Malaysia.
Lalau beliau menyarankan agar pakar undang-undang syariah dan sivil, para hakim dan mereka yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan di Kelantan supaya sering membuat lawatan ke Nigeria bagi mempelajari pelaksanaan undang-undang hudud di sana.
Beliau memuji kerajaan negara itu yang membenarkan beberapa wilayahnya yang majoriti penduduknya beragama Islam melaksanakan hudud walaupun Presidennya, Jonathan adalah seorang penganut agama Kristian.
Aziz Bari juga memuji Sultan Brunei Sultan Hassana Bolkiah yang yakin dengan keadilan undang-undang Islam dan mahu negara kecil di utara Borneo itu melaksanakan undang-undang hudud dengan secepat mungkin.
Sistem perbankan Islam Aziz Bari menyingkap pengalamannya di sekitar tahun 1970an di mana cadangan untuk memperkenalkan sistem perbankan Islam di negara ini menimbulkan kegelisahan dan penentangan daripada ramai anggota masyarakat.
“Ramai yang takut ketika kami hendak melaksanakan sistem perbankan Islam.  Mereka bimbang sistem ini akan menghancurkan sistem perbankan konvensional tetapi ternyata anggapan mereka meleset dan jauh dari benar.
“Malahan bank-bank tempatan seperti Maybank dan lain-lain berlumba-lumba untuk memperkenalkan sistem perbankan Islam sebagai suatu produk alternatif yang ‘viable’ (berdaya maju).
“Ternyata produk-produk perbankan Islam mendapat sambutan masyarakat, bukan sahaja daripada orang-orang Islam malah orang- orang bukan Islam turut merebut-rebut untuk mengambil peluang dari sistem ini,” katanya.
Beliau berkata, sistem perbankan Islam menjadi pilihan memandangkan ia lebih berdaya maju untuk bertahan terutama ketika ekonomi meleset berbanding sistem perbankan konvensional.
“Sistem perbankan Islam lebih berdaya maju kerana operasinya berdasarkan konsep ‘musyarakah’ dan ‘mudharabah’, yang berpaksikan perkongsian untung rugi berbanding sistem konvensional yang berpaksikan kepada sistem ‘interest’ (faedah),” jelas beliau.
Begitu juga dengan pelaksanaan hudud ini.  Ramai di kalangan rakyat yang masih tidak memahami tentang hukum hudud ini. Mereka perlu diberi penerangan dan penjelasan tentang sebarang kekeliruan dan persepsi negatif mengenainya.
“Memanglah media Barat yang dikuasai oleh Yahudi tidak pernah dan tidak akan memberi gambaran yang baik tentang undang-undang Islam malah mereka suka mencemuh dan memberi gambaran buruk bagi menakut-nakutkan orang ramai.
Cuba timbul kekeliruan
Dalam pada itu beliau sempat membidas tindakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang cuba menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat bahawa undang-undang hudud yang PAS hendak laksanakan membenarkan suami meliwat isteri.
Zulkifli membuat tuduhan itu dengan merujuk kepada draf dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu.
Seksyen 14 enakmen itu tersebut menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.
Kata Zulkifli, perkataan “kecuali dengan isteri” itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat. Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali menjelaskan bahawa hukuman jenayah dalam Islam terbahagi kepada tiga iaitu hukuman hudud, qisas dan takzir. Kesalahan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori hudud dan qisas dimasukkan dalam kategori takzir.
Katanya, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai hukuman hudud tetapi hukuman takzir manakala Imam Shafie meletakkannya dalam kategori hukuman hudud.
Menurut peguam PAS, Hanifa Maidin, Seksyen 3 Enakmen tersebut sekali gus menjawab segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh Zulkifli, yang juga seorang peguam.
“Seksyen 3 menunjukkan liwat ke atas isteri tetap salah menurut Enakmen yang digubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya termaktub dalam kesalahan takzir. Hukuman takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.
“Adalah malang sekali apabila Zulkifli yang berstatus seorang peguam tidak memahami perundangan Islam lalu membuat penafsiran yang salah dan memberi kefahaman yang negatif kepada masyarakat,” kata Hanifa.

UMNU/BN HANYA PENTINGKAN DUIT SEMATA-MATA

        "Mereka tergamak menggunakan wang rakyat tanpa restu rakyat yang melantik pemimpin yang sebenarnya  perompak".



PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong Drs Khalil Idham Lim menyifatkan kerakusan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) membolot projek bernilai berjuta-juta ringgit dan menyelewengan dana yang diberi menyerlahkan sifat gelojoh mereka.
“Mereka ni (pemimpin-pemimpin BN) sungguh menyusahkan rakyat dan seolah-olah mereka bersarapan dengan wang dan bukan makan nasi,” katanya dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada FMT.
Beliau merujuk kepada skandal terbaru melibatkan peruntukan dana sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu di Gemas, oleh  syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Menurut Khalil Idham, memandangkan Pilihan Raya Umum ke 13 semakin hampir maka disitulah medan yang paling berkesan untuk membakul sampahkan BN yang selama ini menyusahkan rakyat.
“Malaysia perlu diselamatkan dari cengkaman pemimpin Umno-BN yang khianat agar rakyat boleh mengecapi sinar keadilan dan kemakmuran yang sekian lama diharapkan,” kata beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri Perak.
Beliau berkata, “(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak hanya diam membisu sedangkan wang tersebut telah dirompak begitu sahaja oleh pemimpin ‘haprak’ BN, nilai wang ini jika diikutkan boleh membantu ramai rakyat Malaysia yang sedang berada dalam kesempitan hidup.
“Ironinya penjelasan Shahrizat bahawa keluarganya berhak mendapat projek mega berkenaan dan ini sedikit sebanyak telah menzahirkan bahawa pemimpin BN ini kurang bijak. Malah lebih dahsyat dari itu mereka (BN) tergamak menggunakan wang rakyat tanpa restu rakyat yang melantik pemimpin yang sebenarnya perompak.
Beliau menambah, “sudahlah projek dana awam ini terbengkalai dengan menanggung kerugian, lebih menyedihkan rupa-rupanya keadaan sebenar lebih teruk dari sangkaan. Dana yang sepatutnya digunakan untuk tujuan ternakan lembu, kini digunakan pula untuk membeli kondo mewah bernilai jutaan ringgit.
“Mungkinkah lembu-lembu yang diternak di Malaysia sudah ada yang berkelulusan tinggi sehingga layak tinggal di kondo mewah?,” sindir beliau.
Katanya, disinilah kita dapat lihat bagaimana jelas pemimpin BN tidak bijak mentadbir negara, bukan sahaja tidak bijak, mahu perbodoh rakyat pula dengan memberi hujah yang langsung tidak masuk akal bila sesuatu skandal didedahkan.
“Mejoriti rakyat mahukan perubahan kepimpinan negara tetapi Umno-BN yang mahu terus berkuasa walaupun dengan apa cara sekalipun termasuklah melakukan stategi politik yang paling jijik di dunia,” ujarnya.

MONSOON CUP:Belanja RM10 bilion tapi rakyat tidak dapat faedah

“Bagaimana dengan sukan musim banjir tahun ini. Berapa kos perasmian dan penganjuran Monsoon Cup. Walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan rakyat jelata tetapi dipercayai “Monsoon Cup tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda rompakan duit rakyat. Didakwa Patrick Lim mendapat kira-kira RM300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup dan tempohnya tamat sehingga 2012, dikira kontrak bermula tahun 2005.”

Untuk tahun 2010 ini, Piala Monsun dijadualkan berlansung pada 2-6 Disember nanti. Biasanya kalau tidak Tuanku sultan Mizan, wakil istana Terengganu akan merasmikan event itu disetiap tahun.

Adakah tahun ini Sultan Terengganu mengikuti apa yang dibuat oleh Sultan Selangor dengan memboikot upacara perasmian Monsoon Cup 2010 demi mengelakkan pembaziran dan menggunakan perbelanjaan kewangan tersebut untuk biasiswa atau pinjaman pelanjaran bagi anak Terengganu atau sebagai bantuan kepada fakir miskin yang masin lagi tinggi di Terengganu?”
========================================================================
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia
PETALING JAYA:  PAS Terengganu mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM10 bilion royalti minyak tetapi tidak emmberi manfaat kepada rakyat.
“Kerajaan negeri membelanjakan wang itu tetapi sesetengah projek masih tidak siap kerana penyelwengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno,” dakwa pemangku Ketua Penerangan PAS negeri, Azman Shapawi Abdul Rani.
Menurutnya, antara pembaziran itu ialah projek Monsoon Cup – pertandingan kapal layar di muara sungai Terengganu yang diadakan setiap  tahun.
Beliau berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia.
Bina mahligai
Tetapi, tambah Azman setelah lebih lima tahun tidak banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat Terengganu.
“Kononnya penganjuran Monsoon Cup untuk memberi peluang pekerjaan dan faedah kepada nelayan Pulau Duyong tidak berjaya kerana mereka masih ditakuk lama,” katanya.
Azman mendakwa, rakyat mengeluh dan mereka bercakap bahawa pemimpin dan wakil rakyat Umno mengumpul kekayaan.
Dakwanya, ada pemimpin Umno yang membina mahligai dan rumah berharga ratusan ribu ringgit hingga berjuta.
“Rakyat semakin susah, walaupun bajet lebih RM 1 bilion setahun dibelanjakan, projek berjuta-juta ringgit, konon untuk rakyat,” tambahnya.

                                 "INGAT UMNO INGATPEMBAZIRANNYA"




KELANTAN LAGI MAJU DARI MELAKA

Projek gajah putih Kerajaan negeri Melaka iaitu projek Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang berjumlah RM131 juta yang sebelum ini sunyi dari kapal terbang difahamkan telah dikendalikan oleh Melaka Air Sdn.Bhd (MASB) iaitu sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Melaka yang ditubuhkan pada 17 Jun 2011.
Justeru bagi mencapai status antarabangsa, sebuah laman web rasmi Melaka Air telah dibina (http://www.yayasanmelaka.gov.my/melakair_bm/index.html) bagi memudahkan orang ramai membuat tempahan penerbangan di mana segala maklumat penerbangan di muatkan di dalam laman web tersebut.
Peliknya, setelah di tinjau laman web tersebut, hanya seorang kakitangan sahaja di lihat menguruskan tempahan tiket dan tempahan adalah melalui panggilan telefon dan email.
Ianya sangat berbeza dengan syarikat penerbangan yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tempahan melalui laman web. Kebiasaannya 3 atau 4 orang paling sedikit di perlukan bagi urusan tempahan itupun sekadar menjawab sebarang pertanyaan. Bahkan jika di bandingkan dengan syarikat penerbangan laintempahan tiket penerbangan kebiasaan di buat secara on-line bukannya melalui panggilan telefon atau email.
Ianya suatu yang pelik, bagaimana airport ini boleh diiktiraf sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) sedangkan kelengkapan dan kemudahan tempahan sahaja tidak memenuhi ciri-ciri antarabangsa tersebut.
Sebelum ini jualan dan tempahan tiket penerbangan domestik dari Melaka ke Pulau Pinang dan Kelantan di lakukan melalui laman web FireFly. Namun selepas pelancaran Melaka Air, jualan tiket tersebut sudah tiada lagi pada website Firefly.
Suatu perkara pelik yang lain adalah bagaimana Ketua Menteri Datuk Ali Rustam boleh membenarkan penerbangan domestic ke Pulau Pinang dan Kelantan yang di perintah oleh pembangkang sedangkan suatu ketika dahulu beliau sendiri pernah mengeluarkan arahan menghalang kakitangan kerajaan ke Kelantan.
Mungkin Ali Rustam lupa yang Kelantan sebuah Negeri ‘miskin dan mundur’ sehingga terpaksa membenarkan kapal terbang ‘antarabangsa’nya mendarat ke negeri tersebut.
 

Sunday, November 13, 2011

KOLEKSI GAMBAR UMNO DAN KRONI-KRONI
















Sedarlah, kita tidak lagi hidup dalam keadaan yang selamat. Kita kini hidup di tengah-tengah masyarakat yang defisit moraliti dan bankrap akhlak. Kita perlukan pembaharuan. Cukuplah kebejatan yang kita tanggung kesan daripada menyemai benih sekularisme sejak negara ini merdeka...Carilah penawar kepada racun sekularisme ini. Penawarnya ialah dengan kita berpatah kembali ke pangkal jalan. Jalan yang dimaksudkan ialah jalan yang disediakan oleh Tuhan yang Maha Melindungi. Jalan yang terjamin di sisi agama, jalan pedoman  yang akan menghapuskan kesemua kebejatan ini.Apakah keberkesanan "ISLAM HADHARI dan ISLAM WASSATIYAH" yang di war-war kan kepada rakyat...Apakah mampu mengubah cara hidup rakyat kejalan yang diredhai ALLAH.Apakah DEMOKRASI yang disebarkan mampu juga memberi kenikmatan dunia dan akhirat...ingat lah hidup didunia ini umpama kita berjihad dan bila berada dialam kubur adalah untuk kita beristirehat...
Dunia artis kita yang semakin melampau dari segi sikap,pemakaian dll....perhatikan gambar artis-artis melayu islam di negara kita,inikah dikata role model untuk remaja masa depan,apakah tindakkan kerajaan selaku kerajaan yang dengan lantang mengatakan kerajaan yang mendaulatkan islam...
Parti tua yang kolot seperti BN saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya. Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia
dari mereka.
Kepada yang masih ragu-ragu bahawa sistem masyarakat kita telah hancur dan binasa,  perhatikanlah perjalanan hidup masyarakat dalam negara bertuah ini dan yang paling penting, berlaku jujurlah dengan pemerhatian kalian.

KITA AKAN MENJADI MANGSA GST!!!

SINDIRAN===>>"Maklumlah, zaman dah berubah. Waktu Tan Sri Sanusi Joned jadi Menteri Pertanian, tanam padi atas bumbung. Bila Datuk Seri Noh Omar jadi Menteri Pertanian, bela lembu dalam kondominium!" sindir beliau lagi".

KUALA LUMPUR, 13 Nov: 'Lembu' mana pula akan bersedap-sedap di kondominium mewah jika kerajaan berjaya mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan memotong subsidi untuk rakyat, soal Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu membangkitkan persoalan penuh sindiran tersebut ketika mengecam tindakan pemimpin-pemimpin politik yang berulang kali didedahkan menyalahgunakan projek untuk kepentingan diri.

"Sebelum ini, banyak projek untuk kepentingan negara yang dijadikan lombong emas para pemimpin yang merompak harta negara, dari skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) sehinggalah kepada RM40 juta wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilesapkan.

"Jika selepas ini Umno BN menang dalam pilihan raya akan datang, parti itu akan menggasak GST dari rakyat di samping pelbagai subsidi akan mereka ragut dari rakyat.

"Maka 'lembu' mana pula akan bersedap-sedap di kondominium mewah?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat teguran dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 terhadap projek di bawah Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) yang disifatkan kacau-bilau dan pendedahan penyalahgunaan pinjaman untuk NFC untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar hakikatnya sebagai perulangan berkali-kali sejarah-sejarah lampau yang sama di bawah Umno BN.

"Pemimpin-pemimpin politik dan kroni-kroni mereka menggasak pelbagai projek dan peluang.

"Bila rugi, mereka bukan sahaja tidak perlu menanggung apa-apa kerugian malah ada bailout pula dan syarikat atau projek yang dirugikan itu boleh dijual kepada kerajaan pula dengan harga mewah seperti yang berlaku ketika saham MAS dijual kembali kepada kerajaan," katanya.

Mahfuz juga menyelar sikap para pemimpin Umno yang berhempas pulas mempertahankan projek NFC yang disifatkan oleh Ketua Audit Negara sebagai kacau bilau itu.

Jawapan Menteri Pertanian, Perdana Menteri dan semua pemimpin Umno bukan sahaja tidak memadamkan keraguan malah menambahkan keraguan, katanya.

"Bagaimanpun, saya mengucapkan syabas kepada Menteri Pertanian.

"Maklumlah, zaman dah berubah. Waktu Tan Sri Sanusi Joned jadi Menteri Pertanian, tanam padi atas bumbung. Bila Datuk Seri Noh Omar jadi Menteri Pertanian, bela lembu dalam kondominium!" sindir beliau lagi.
 

BOIKOT PRODUCT ISRAEL

Berhati-hatilah ketika membeli setiap jenis barangan..perhatikan kod barangan te...rlebih dahulu..jika kod berkenaan bermula dengan angka 729,maka produk berkenaan adalah produk keluaran Israel..~~
Sepatutnya kerajaan haramkan terus product dari ISRAEL ne...atau kerajaan memang sokong....

UMNO MENANG PRU13, GST AKAN DILAKSANAKAN....CEPAT UBAH!!!

Setiap barangan akan dikenakan cukai dan setiap golongan akan dikenakan cukai tidak kira miskin,kaya dan kaum pendatang....kerana hutang kerajaan sudah mencapai RM437 billion...maka rakyat pula bakal menjadi mangsa...apakah akan berlaku inflasi jugak nanti...Adakah kerajaan terdesak untuk cover hutang yang terlampau banyak???.Siapa lagi akan jadi mangsa untuk bayar bebanan hutang yang terlampau tinggi...dianggarkan setiap rakyat perlu bayar sebanyak RM16,185,00 untuk cover semula bebanan hutang kerajaan sekarang.RM421 billion adalah hutang domestik manakala RM16 billion adalah hutang luar negara.Ini bermaksud negara berada pada paras 51% dari nisbah utang tempatan kepada KDNK negara.
"Akta 637 Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta 275 Akta pelaburan Kerajaan 1983 hanya membenarkan tambahan hutang RM33 billion.Gabungan pinjaman tidak melebihi 55% Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK)".
Belanjawan 2012 yang dibentang adalah defisit untuk tahun ke-14...
DSAI pun ada mengajak NAJIB untuk "DEBAT BELANJAWAN"....tapi NAJIB seperti biasa diam seribu bahasa...tewas sebelum bertanding...
CEPAT KITA UBAH KERAJAAN...JIKA UMNO MASIH MENANG...KITA  SEMUA RAKYAT MALAYSIA BAKAL MENJADI MANGSA KERAKUSAN UMNO....

Saturday, November 12, 2011

PROF.AZIZ BARI AKAN DATANG KE DUNGUN PADA 8.12.11


KEBENARAN AKAN MENANG JUA AKHIRNYA....MARI RAMAI2 WARGA TERENGGANU...HADIR BERSAMA DEMI SATU KEADILAN ....

https://www.facebook.com/pages/Sekretariat-Prof-Aziz-Bari-RTPJ/245498332166592

APA KATA ANDA???


LAGI PASAL "FIDLOT"....PR BUKTI ADA...TV3 TOLONG COVER KRONI...

Saiz Teks: A A A

Skandal NFC: KEADILAN ada bukti, boleh saman bila-bila masa– Rafizi

KUALA LUMPUR 10 Nov: KEADILAN mempunyai bukti kukuh berlaku penyelewengan dalam syarikat Feedlot Corporation Sdn Bhd (FNC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sedang menjadi isu hangat dalam Negara.
“Kalau kita sudah sampai ke peringkat ketahui setiap sen ke mana pergi, maknanya kita ada maklumat penuh setiap satu sen yang dibelanjakan,”
“Kalau dia (Shahrizat) kata kita tipu, tunjukkan (penipuan) yang itu dulu, (tapi) kalau dia tak tunjuk pun, bolehlah saman bila-bila masa,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen hari ini.
Penyelewengan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM250 juta oleh kerajaan apabila  projek fidlot kebangsaan  itu tidak mencapai sasaran sepatutnya.
Pada sidang media yang sama hari ini, KEADILAN turut mendedahkan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta oleh NFC dari dana yang diperuntukkan.
Renteran itu, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di Shah Alam tengahari tadi.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, KEADILAN turut membuat siasatan dan telah melawat kondominium berkenaan yang terletak di Bangsar.
“Jika kami tidak betul, ini adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno untuk menjawabnya,” kata beliau.
Justeru itu beliau mencabar pihak-pihak berkenaan jika tidak berpuas hati dengan dakwaan dengan menunjukkan penyata bank bertarikh 2 Disember 2009.
“Kalau mereka berani saya minta tunjukkan bank statement tarikh tersebut yang bercawangan di Taman Tun Dr Ismail di mana pembayaran telah dibuat pada pemaju berkenaan,” katanya.
Rafizi dalam pada itu turut menggesa media agar mendapatkan pengesahan dari pihak pemaju sendiri berkenaan kebenaran dakwaan yang dibuat.
Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.
“Jumlah RM9.8 juta untuk membeli kondominium dipindahkan ke akaun semasa NFC di bank tempatan dan bukannya sebuah akaun amanah khas.”
“Rembau (Khairy Jamaludin) kata duit itu dalam akaun amanah khas dan memerlukan kelulusan jawatan kuasa teknikal sebelum dibelanjakan. Jadi bila jawatan teknikal meluluskan?,” Soalnya.
“Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu saja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22819

ADAKAH UMNO SUDAH LUPA...SUDAH LAMA DAH....


PENDEDAHAN "FIDLOT"

Saiz Teks: A A A

Kondo untuk pelaburan: Alasan Khairy tak masuk akal – Rafizi

KUALA LUMPUR 11 Nov : Alasan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kondominium yang dibeli oleh Syarikat National Feedlot Corporatian (NFC) untuk tujuan pelaburan, adalah tidak masuk akal, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy bahawa bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.
“Alasan membeli kondominum sebagai pelaburan sementara menunggu projek itu berjalan adalah tidak masuk akal,”
“Kalau kerajaan sudah tiada duit untuk bangunkan ladang satelit yang terbantut, kerajaan (sepatutnya) mengambil kembali duit tersebut tapi kenapa beri duit itu untuk membeli kondominium,” kata Rafizi pada Keadilan Daily.
Semalam KEADILAN mendedahkan NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil membeli kondominium tersebut di Bangsar yang direkodkan sebagai sebahagian hutang oleh NMLC.
Menurut Rafizi lagi jawapan yang diberikan Khairy tidak profesional dan terlalu emosi.
“Jawapan dia (Khairy) terlalu bersifat peribadi dan terdesak. Saya kesal dengan tindakan beliau yang terlalu emosi dalam kenyataannya,” katanya yang akan memberi respon lanjut pada Isnin depan.
Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan NMLC, yang juga dipunyai Shahrizat, berhutang sebanyak RM83 juta walaupun kegiatan NMLC hanya untuk tujuan pemasaran daging.
KEADILAN mendakwa jumlah sebesar itu sudah tentu datang dari pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC.
Ia menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki  keluarga Shahrizat Jalil.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22889

GUANE TERENGGANU HOK KAYA DENGAN MINYAK DOKLEH BUAT LAGU NIH...

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.

Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Faedah Perlaksanaan TAWAS


Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. 

http://www.tawas.org.my/tawas.html

Monday, November 7, 2011

BETUL KE DAP MAHU HENTIKAN DOMINASI MELAYU...UMNO TERDESAK BUAT SPEKULASI MURAHAN..

Kebimbangan yang cuba dibangkitkan oleh akhbar harian Utusan Malaysia bahawa DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu adalah tidak berasas kerana kedudukan mereka dilindungi undang-undang, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

NONE"Dalam mana-mana kes, kedudukan anggota perkhidmatan awam dilindungi oleh perlembagaan. Maka ketakutan yang cuba disemai oleh Utusan adalah karut semata-mata.

"Angota perkhidmatan awam tidak boleh dipecat dengan senang. Begitu juga dengan kenaikan pangkat mereka dan perkara sebagainya," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan media kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk laporan muka depan akhbar milik Umno itu, semalam yang memetik ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Zulkifli Nordin sebagai berkata DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara kerana parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu.

abdul razak baginda altantuya mongolian case 040607 zulkifli nordin“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.

“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” kata Zulkifli (kiri) dipetik Utusan.

Akhbar itu juga memetik Senator Ezam Mohd Noor berkata, DAP bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.
Suruhanjaya Diraja

Ahad lalu kolumnis Mingguan Malaysia, Awang Selamat juga menghentam pemimpin DAP, terutama setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua kerana dilaporkan berkata bagi mengurangkan bajet negara, Pakatan Rakyat akan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China.

civil servants government workersMeskipun Abdul Aziz berkata beliau bersetuju dengan hujah-hujah yang dibangkitkan oleh Pua dan kebimbangannya mengenai perkhidmatan awam di negara ini adalah benar, namun beliau menasihatkannya supaya berhati-hati dengan isu tersebut.

"Beliau telah menimbulkan beberapa hujah yang baik tetapi beliau mesti ingat bahawa majoriti besar perkhidmatan awam yang berjumlah 1.3 juta adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah anggota tentera dan 100,000 lagi bersama pasukan polis."

mahathir and crowdSebaliknya, Abdul Aziz berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, mereka perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menilai kedudukan perkhidmatan awam dan mengesyorkan langkah-langkah perlu bagi memperkukuhkannya.

Ini, katanya, dapat mengatasi beberapa masalah dalam perkhidmatan awam, seperti keberkecualian yang telah terjejas, terutamanya semasa tempoh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini termasuk melaksanakan sumpah setia atau Akujanji dan amalan memberi kontrak kepada pegawai atasan yang melunturkan semangat kakitangan perkhidmatan awam. Etika perkhidmatan awam tercemar kerana politi.”

azlanMenurut Abdul Aziz, kakitangan awam perlu berkecuali kepada kerajaan yang medmerintah. Kesetian mereka hanya kepada negara dengan Yang Di-Pertuan Agong sebagai lambangnya.

"Atas sebab ini, bagi saya  Akujanji adalah tidak berperlembagaan," kata Abdul Aziz.

TERKEJUT MUFTI PM DAN ISTERI SUDAH SELESAI IBADAH HAJI

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

PAS GANTI UMNO

Apakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS?

Mengapa Utusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku berikutan keputusan ini?

NONEBenarkah dalam muktamar PAS kali ini golongan ulama tewas? Tepatkah bacaan dan tafsiran yang dibuat oleh media arus perdana yang memang selama ini tidak pernah bersimpati kepada PAS dan kerabat Pakatan Rakyat itu?

Yang  jelas, tafsiran dan analisis media arus perdana yang diketuai oleh Utusan Malaysia ini memang salah! Mungkin kesalahan ini berlaku kerana kejahilan atau niat sengaja untuk mencari-cari kelemahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya ialah, PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat.

NONESebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu.

Menurut Datuk Husam Musa, seorang yang digelar profesional dan dikatakan condong kepada pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap pemimpin profesional yang dipilih menerajui PAS kali ini adalah anak didik ulama PAS sendiri.
Ulama kalah?
Oleh itu, tidak timbul soal ulama kalah dalam pemilihan kali ini. Sebaliknya, ulama yang menang. Pentarbiyahan ulama PAS sudah menampakkan hasilnya. Anak-anak muda yang dilatih dengan sejarah perjuangan PAS dan memiliki ijazah profesional kini menggalas tanggungjawab menjadikan PAS parti lebih dinamis dalam iklim politik Malaysia.

NONELantas apa yang dapat disimpulkan daripada laporan media arus perdana akan pemikiran pemimpin Umno, ahli-politik yang tercicir dalam sayembara siasah Malaysia dan media pencacai mereka ialah cemas, kalut dan sedih.

Nada cemas dan membuahkan reaksi kalut ini dapat diukur di segi betapa bercelarunya komen yang dikutip oleh akhbar-akhbar pro-Umno ini. Ada di kalangan pemimpin UImno yang meratapi anjakan yang dibuat oleh PAS kerana dikatakan tidak lagi memperjuangkan konsep negara Islam dan memilih moto negara berkebajikan.

Jika benar mereka ikhlas dalam memberi komen, maka kini barulah kita tahu bahawa mereka selama ini adalah pengkagum PAS yang mahu menegakkan negara Islam. Dan, kini mereka amat bersedih kerana PAS beranjak mahu negara berkebajikan. Salah seorang dari mereka dari golongan ini adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

NONERupa-rupanya Utusan dan pemimpin Umno berkenaan cuba belajar dari sejarah. Melihat kejayaan pejuang Islam mengambil alih pemerintahan Turki dari golongan sekular seperti Umno di Malaysia, mereka cuba melekatkan persepsi bahawa golongan ini di bawah payung pemikiran Anwar Ibrahim mahu mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno yang sekular.

Mereka namakan golongan ini sebagai kumpulan Erdogan, sempena nama pemimpin gerakan Islam Turki hari ini.
Janda politik
Baiknya sudut pandangan ini ialah, Utusan dan pemimpin Umno berkenaan mengaku bahawa golongan sekular memang boleh ditundukkan seperti yang berlaku di Turki dan dalam iklim politik Malaysia yang sekular ialah Umno.

NONECuma cop kumpulan Erdogan ini digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang belum celik perubahan sejarah, betapa Umno yang sekular akan tersungkur dalam pilihan raya umum akan datang.
Ada juga yang tiba-tiba menafsirkan pemilihan itu sebagai kejayaan DAP menyempurnakan penguasaannya terhadap parti berteraskan perjuangan Islam dan Melayu itu. Seorang yang mempunyai pemikiran liar begitu ialah, janda politik, yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak mempunyai parti selepas diceraikan oleh PKR.

NONEEntah ilmu mantik apa yang digunakannya, kesimpulan beliau bahawa DAP kini sudah menguasai PAS ternyata ucapan seorang yang “meroyan”.
PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN – dan tidak timbul soal siapa menguasai siapa. Namun tidak sukar difahami pemikiran Zulkifli yang sempit kerana telah terlalu lama hidup bersendirian sebagai seorang “janda politik”.

ibrahim ali press conference at his home in taman melawatiMungkin dengan bercakap betapa PAS terlepas peluang pimpinan ulama, Zulkifli berharap ada ulama yang menaruh belas kasihan dan melamarnya untuk masuk PAS seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti tetapi diambil PAS untuk menjadi anak angkat dan disokong bertanding pilihanraya umum ke-12 lalu.  Namun bila golongan profesional memimpin PAS, peluang ini tertutup sama sekali. Kasihan Zulkifli si-janda politik.
Diterima di akhirat

Apa jua logik yang digunakan untuk menafsirkan pemilihan lebih ramai profesional dalam barisan pimpinan PAS itu, ternyata dibuat dari lubuk hati yang cemas dan menghasilkan komen yang kalut dan dangkal.
syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 02Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka.

Jelas betapa sempitnya kefahaman Islam Kickdefella ini. Mungkin beliau tidak faham bahawa kebaikan dan keadilan yang dilaksanakan di dunia ini akan menentukan ganjaran apa yang diterima di akhirat. Sebab itu PAS mahu menegakkan negara berkebajikan untuk kebaikan umat di dunia demi mendapat ganjaran syurga di akhirat!

Sukar hendak pastikan pandangan insan sebegini sama ada ia bebal, jahil atau semata-mata kerana pintu hati sudah tertutup daripada mengenali kebenaran.

dr juanda jaya perlis muftiPandangan yang meragu-ragukan seumpama ini dikutip oleh Utusan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.  Beliau dilaporkan sebagai mencabar PAS supaya segera menjelaskan pengertian negara berkebajikan dan tidak meninggalkan rakyat tertanya-tanya apakah pengertian negara Islam yang sebelum ini hendak diperjuangkan oleh PAS.
Penghinaan dayafikir Melayu-Islam

Jika benar itu yang dikatakan oleh Dr Juanda, maka ternyata beliau pun tidak jauh daripada kelompok Kickdefella. Cuma jika benar Dr Juanda berkata demikian, maka dia sendiri seharusnya tahu apa hukumnya iaitu, tugas seorang mufti seharusnya turut mengimarahkan konsep negara berkebajikan ke cuping telinga pemimpin-pemimpin Umno beragama Islam dan bukan cuba menanam kesangsian di kalangan rakyat mengenai konsep negara berkebajikan itu.

utusan on pas electionNamun Awang Selamat, jaguh Utusan, seperti biasa cuba melontarkan sudut pandang yang negatif terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencabar Umno. Kini apabila PAS melangkah untuk membuktikan dinamisme politiknya, Utusan meratapi kekurangan bilangan kepemimpinan ulama dalam PAS.

Memang sikap hipokrit. Ini kerana apabila PAS dipimpin ulama, mudah bagi Utusan menggambarkan betapa ulama tidak arifnya kepemimpinan PAS dalam banyak hal tatakelola kerajaan dan isu antarabangsa.

Ini memang alur pemikiran umno. Jika rakyat terus dibebalkan dengan hiburan dan kemunduran ekonomi, ia beranggapan bahawa rakyat, khususnya melayu, akan terus bergantung harap kepada Umno untuk memelihara dan memperjuangkan nasib dan masa depan ekonomi mereka.

NONEMaka Utusan dan media pro-Umno menggunakan logik ini dalam menafsirkan apa yang berlaku dalam PAS. Ternyata andaian atau gagasan pemikiran ini salah, zalim. Malah ia satu penghinaan terhadap dayafikir orang Melayu-Islam yang membuat dalam keputusan memilih barisan pimpinan baru PAS.
Sebenarnya, apa yang ditakuti ialah golongan profesional Islam ini akan berhasil meneraju PAS diterima setiap lapisan rakyat Malaysia dan menggantikan Umno!

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.