Terengganu Darul Runtuh
Masjid Kampung Batu Putih
Terbaru: Terminal Bas Hulu Terengganu
Terengganu mencatat rekod negeri paling banyak runtuhan di Malaysia.
Memalukan dan pelik, itu sahaja yang dapat diulas mengenai runtuhan
terbaru di negeri ‘kaya’ petroleum ini. (rakyat Kelantan bergabung
tuntut royalti, rakyat Terengganu sepatutnya sudah lama bangkit sama).Sedang Kerajaan BN Terengganu sibuk bergaduh sesama sendiri di Dewan Undangan Negeri, media dan mensyuarat, satu-satu bangunan baru di Terengganu runtuh. Kemungkinan yang paling besar boleh berlaku ialah pembinaan yang tidak mengikut piawaian (specification) yang ditetapkan. Atau boleh juga dikaitkan dengan ‘rasuah’.
Mungkin tibalah masanya untuk seseorang daripada pihak kerajaan meletakkan jawatan tanda tanggungjawab. Rakyat Terengganu juga sudah boleh mencongak-congak untuk kembali menyokong PAS pada pilihanraya yang akan datang. InsyaAllah, walaupun bangunan baru kurang, tapi yang terbina bebas keraguan, bebas keruntuhan!
(InsyaAllah, rakyat Terengganu perlu bangkit menentang keruntuhan)
Nota ringkas: Mungkin kerajaan BN lebih berbakat dalam menganjurkan konsert.









No comments:
Post a Comment