Projek
gajah putih Kerajaan negeri Melaka iaitu projek Lapangan Terbang
Antarabangsa Melaka (LTAM) yang berjumlah RM131 juta yang sebelum ini
sunyi dari kapal terbang difahamkan telah dikendalikan oleh Melaka Air
Sdn.Bhd (MASB) iaitu sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Melaka
yang ditubuhkan pada 17 Jun 2011.
Justeru bagi mencapai status antarabangsa, sebuah laman web rasmi Melaka Air telah dibina (http://www.yayasanmelaka.gov.my/melakair_bm/index.html)
bagi memudahkan orang ramai membuat tempahan penerbangan di mana segala
maklumat penerbangan di muatkan di dalam laman web tersebut.
Peliknya, setelah di tinjau laman web tersebut, hanya seorang
kakitangan sahaja di lihat menguruskan tempahan tiket dan tempahan
adalah melalui panggilan telefon dan email.
Ianya sangat berbeza dengan syarikat penerbangan yang menguruskan
hal-hal yang berkaitan dengan tempahan melalui laman web. Kebiasaannya 3
atau 4 orang paling sedikit di perlukan bagi urusan tempahan itupun
sekadar menjawab sebarang pertanyaan. Bahkan jika di bandingkan dengan
syarikat penerbangan laintempahan tiket penerbangan kebiasaan di buat
secara on-line bukannya melalui panggilan telefon atau email.
Ianya suatu yang pelik, bagaimana airport ini boleh diiktiraf sebagai
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) sedangkan kelengkapan dan
kemudahan tempahan sahaja tidak memenuhi ciri-ciri antarabangsa
tersebut.
Sebelum ini jualan dan tempahan tiket penerbangan domestik dari
Melaka ke Pulau Pinang dan Kelantan di lakukan melalui laman web FireFly. Namun selepas pelancaran Melaka Air, jualan tiket tersebut sudah tiada lagi pada website Firefly.
Suatu perkara pelik yang lain adalah bagaimana Ketua Menteri Datuk
Ali Rustam boleh membenarkan penerbangan domestic ke Pulau Pinang dan
Kelantan yang di perintah oleh pembangkang sedangkan suatu ketika dahulu
beliau sendiri pernah mengeluarkan arahan menghalang kakitangan
kerajaan ke Kelantan.
Mungkin Ali Rustam lupa yang Kelantan sebuah Negeri ‘miskin dan
mundur’ sehingga terpaksa membenarkan kapal terbang ‘antarabangsa’nya
mendarat ke negeri tersebut.
No comments:
Post a Comment