Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Setiap umatku masuk ke dalam syurga, selain orang yang enggan." Mereka bertanya, "Ya, Rasulullah, Siapakah yang enggan (masuk syurga) itu?" Jawab Nabi saw, "Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintah ku, maka sesungguhnya orang itu enggan (masuk syurga)." - Sahih Bukhari: 1952
Sunday, November 13, 2011
KOLEKSI GAMBAR UMNO DAN KRONI-KRONI
Sedarlah, kita tidak lagi hidup dalam keadaan yang selamat. Kita kini hidup di tengah-tengah masyarakat yang defisit moraliti dan bankrap akhlak. Kita perlukan pembaharuan. Cukuplah kebejatan yang kita tanggung kesan daripada menyemai benih sekularisme sejak negara ini merdeka...Carilah penawar kepada racun sekularisme ini. Penawarnya ialah dengan kita berpatah kembali ke pangkal jalan. Jalan yang dimaksudkan ialah jalan yang disediakan oleh Tuhan yang Maha Melindungi. Jalan yang terjamin di sisi agama, jalan pedoman yang akan menghapuskan kesemua kebejatan ini.Apakah keberkesanan "ISLAM HADHARI dan ISLAM WASSATIYAH" yang di war-war kan kepada rakyat...Apakah mampu mengubah cara hidup rakyat kejalan yang diredhai ALLAH.Apakah DEMOKRASI yang disebarkan mampu juga memberi kenikmatan dunia dan akhirat...ingat lah hidup didunia ini umpama kita berjihad dan bila berada dialam kubur adalah untuk kita beristirehat...
Dunia artis kita yang semakin melampau dari segi sikap,pemakaian dll....perhatikan gambar artis-artis melayu islam di negara kita,inikah dikata role model untuk remaja masa depan,apakah tindakkan kerajaan selaku kerajaan yang dengan lantang mengatakan kerajaan yang mendaulatkan islam...
Parti tua yang kolot seperti BN saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya. Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia
dari mereka.
Kepada yang masih ragu-ragu bahawa sistem masyarakat kita telah hancur dan binasa, perhatikanlah perjalanan hidup masyarakat dalam negara bertuah ini dan yang paling penting, berlaku jujurlah dengan pemerhatian kalian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)













No comments:
Post a Comment