“Majlis mengangkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri
Besar Selangor tidak akan berlangsung Khamis (5 Jan) ini,” kata Khalid
dalam sebuah kenyataan akhbar.
SHAH ALAM: Sultan Selangor berpendapat baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993. Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap Sultan Selangor mengenai isu pelantikan Dato’ Khusrin Munawi sebagai SUK. Perkembangan terbaru itu menyebabkan kesahihan perlatikan Khusrin masih terumbang-ambing.
“Majlis mengangkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar Selangor tidak akan berlangsung Khamis (5 Jan) ini,” kata Khalid dalam sebuah kenyataan akhbar.
Khalid seterusnya menegaskan sehingga isu pelantikan ini selesai, Khusrin tidak akan dibenar menyertai mesyuarat-mesyuarat penting Kerajaan Negeri.
“Khusrin tidak akan hadir sebarang perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” tambah beliau.
Dalam pertemuan itu juga, DYMM mencadangkan kepada Khalid supaya beliau berbincang semula dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mencari penyelesaian terbaik. Lanjutan itu, sepucuk surat akan dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan bagi tujuan perbincangan.
Dalam perkembangan sama, Khalid berkata pihaknya akan memanggil sidang tergempar Dun bagi meminda undang-undang berkaitan perlantikan pegawai kanan negeri.
“Ia berujuan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar,” katanya.
Pelantikan Khusrin sebelum ini dibantah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor kerana namanya tidak termasuk dalam senarai pendek yang diberikan kepada istana Selangor.
Khusrin juga dilantik Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
No comments:
Post a Comment